Selasa, 17 Mac 2009

Jangan biarkan pisang berbuah dua kali....

Nik Nur Madihah peroleh 20 A
KOTA BHARU 12 Mac - Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.
Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa dekat sini itu bercita-cita menjadi ahli fizik dan kejayaan tersebut adalah hadiah istimewa untuk ibu bapanya di samping guru-guru sekolahnya...selanjutnya

2 ulasan:

  1. Jangan biarkan pisang berbuah dua kali...lihatlah betapa daifnya kehidupan pelajar ini..mengapa perlu sehingga mendapat 20A baru tersedar ingin membantu...jangan biarkan pelajar ini mengalami nasib yang sama seperti seorang pelajar kita yang dulu diagung-agungkan kecerdikannya...

    BalasPadam
  2. ha ah....saya sokong kak Liza

    BalasPadam

Pengikut